Mar 20, 2017

Kejap gaduh, kejap elok

Assalamualaikum wbt..

Tajuk tu khas untuk hero-hero aku.. sejak si adik dah pandai mengesot ke seluruh alam, sejak dah pandai memanjat..suka naw naw kacau si abang.. Abang lak spesis garang dan hati tisu.. kadang tu Dilfi tak usik pun, terus jerit² "jangan kacau abang!!".. adeh la.. kadang tu sampai berdesing telinga aku ni.. silap haribulan, aku boleh jadi hulk..

tapi semenjak dua menjak ni, diorg lebih kepada jadi geng.. Danish suka kalau Dilfi bangun tidur.. cepat² ajak adik dia main kat depan tv.. pastu lambakkan mainan depan adik dia padahal adik dia langsung tak kenan.. yela, baru bangun tidur, mamai lagi pastu abang ajak main, memang tak minat lansung la..

paling best bila abang rajin agah adik dia.. sampai mengekek² gelak.. setakat mengekek tak apa la, ni siap teleng² kepala.. entah apa yang kelakar sangat tak tau la.. 

ni la rutin diorg.. tercongok depan pintu duk kira kucing yang lalu lalang..


ni pulak kalau diorg dapat green light main kat parking kereta.. aku tak lepas lama.. 15minit je pastu masuk umah.. panas hoiii.. si kecik tu yang paling seronok

abang Danish memang excited kalau aku belikan buku baru.. adik Dilfi lak akan menyebok sama.. so kena la abang bacakan buku untuk adik..

tengok tv sesama.. acah² mesra.. kalau salah sorang kais muka, mula la bercakaran.. siap dengan pakej menjerit lagi.. stress hemak korang ni..

tu nampak..si kecik dah gemar memanjat.. 2kali jatuh katil.. sekali jatuh buai.. nasib la bawah buai memang letak tilam.. lasak ya ampunnnnn Dilfi ni.. rumah bersepah toksah cakap la.. nak jalan pun kena kais mainan diorg letak tepi dulu.. terpijak mainan adalah rutin kami suami isteri..

macam tu la..baru 2 hero..kalau tambah lagi, tak tau la mommy jadi rupa apa.. yang skang ni pun kadang tak terhandle.. moga mommy terus kuat dan tabah..kahkahkahkah
Read More

Feb 7, 2017

Sahabat dunia akhirat

Assalamualaikum wbt..

cerita basi sebenarnya, tapi nak juga cerita kat sini sebagai kenangan.. ikutkan aku lupa dah, tapi bila belek fon dan nampak gegambar, baru teringat..

Salah sorang kawan ofis dah pun menamatkan perkhidmatan beliau.. sedih gak la sebab geng makan, geng jalan, geng gosip dah kurang sorang.. dah la geng pun sikit je ahlinya, bila berhenti je sorang, makin sikit la ahli geng.. tapi tak apa sebab kitorang still keep in touch.. 

so decide nak makan-makan kat QNA Republic, Bangi Central je.. paling dekat plus boleh order dan booked sesiap.. tak ada masalah.. bab sedap atau tak, masa tu tak sure lagi sebab belum pernah makan kat sana.. so redah je..

dua dari kiri ada orang yang dirai.. kak Norma.. sangat happy sebab menanti orang baru April nanti.. tahniah kak Ma.. 13tahun menanti cahaya mata kedua..

yang merai.. kehhh

paling buat huru hara kat sana.. sampai aku rasa ada customer yang annoying dengan ktorg.. arhhh, lantak la.. kahkahkah

makanan yang ktorg makan tu.. paling best spageti carbonara tu.. siyes menyesal tak order yang ni.. next time boleh la makan.. pinggang diorg kemain besar²..yang chicken chop tu dah makan buh dalam sampan aku tengok.. nak makan pun payah..

cemburu gak sebenarnya bila sorang demi sorang kawan benti keje dan duduk umah jadi surirumah sepenuh masa..tapi biasala, ekonomi belum kukuh beb.. minyak lak naik harga.. keadaan makin mendesak untuk aku bantu ekonomi.. cewahhhhhhhh.. sembang nak lebat je.. 

tak apa la..teruskan kerah keringat kat tempat kerja ni.. selagi belum tutup mata, kerja..kerja..kerja..

okbai
Read More

Jan 19, 2017

Hujan lebat..angin kuat.. Ujian

Assalamualaikum wbt..

Semalam kira memang dilanda ujian la..even tak kena kat aku, tapi rasa tempiasnya.. semalam otw balik tu memang tak hujan.. area Bangi memang clear je.. dah masuk Dengkil, boleh lak jadi gelap gelita.. macam nak malam dah padahal baru pukul 6.30pm.. gelap macam nak runtuh langit tu.. aku macam biasa terus amik anak² dulu..sampai kawasan taman perumahan aku, hujan dah turun..masa tu angin biasa² je.. sampai depan taska, terus angin kuat.. tapi aku masih boleh masuk untuk amik barang.. barang boleh amik, tapi nak masukkan dalam kereta tu, aku habis basah.. even pakai payung, tak guna gak.. angin terlalu kuat sampai menolak aku.. pintu kereta dah macam nak tercabut.. seat kereta basah.. payung aku terkepak.. aku hampir nak terbang.. kahhhh.. hantar barang yang jarak dari pintu taska dan kereta sangat dekat, aku basah kuyup macam main hujan.. terpaksa matikan enjin kereta, terus masuk taska.. lepak sana sementara hujan dan ribut reda.. serius, memang gerun.. kalau aku duduk dalam kereta, memang aku nangis beb..

kiranya sampai lepas maghrib la aku lepas taska.. sampai Danish dan Dilfi pelik..tak hirau aku pun.. cehhh.. mandi tukar baju yang pengasuh anak² pinjamkan.. hujung rambut sampai hujung kaki basah.. kesiannn..hahaha.. 

hujan dah reda..ribut dah reda..aku hangkut anak² balik rumah.. Fuhhh, memang kesannya sangat teruk la.. pokok tumbang.. court futsal rosak kena hempap pokok... sampai rumah, pokok bunga jiran aku tercampak depan pagar rumah aku.. dah aku angkat dulu.. ketepikan pasu yang pecah.. memang kesian la sebab punah pokok² bunga dia..

Masuk rumah, sekali lagi aku nak nangis.. bumbung bilik utama bocor.. banjir hoiiii bilik aku.. habis toto dan selimut basah.. dah kena angkut kuarkan lak.. dah la berat.. gagahkan gak angkat sebab husband tak balik lagi.. setel angkut toto dan selimut yang tebal tu, mop lantai pulak.. ujian betul la semalam.. Dilfi lak sembelit.. nangis² meneran.. dah sesi memujuk anak pulak.. aku ni boleh la dikategorikan sebagai supermak kot..hahaha.. 

nah, aku bagi gambar kesan ribut dan hujan lebat semalam..

















Moga mereka yang ditimpa musibah ni bersabar dan redha.. ada hikmak di sebalik kejadian ni..



Read More

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com